Ulasan Filem: Longlegs

Longlegs adalah sebuah filem seram thriller Amerika tahun 2024 yang ditulis dan diarahkan oleh Osgood Perkins. Filem ini dibintangi oleh Maika Monroe, Nicolas Cage, Blair Underwood, Alicia Witt, Michelle Choi-Lee, Dakota Daulby, dan Kiernan Shipka.

Pada tahun 1990-an, ejen baru FBI, Lee Harker, ditugaskan untuk menyiasat satu kes yang belum selesai melibatkan seorang pembunuh bersiri berfahaman Satanis yang dikenali sebagai Longlegs. Semakin siasatan dijalankan, lebih banyak bukti berkaitan dengan okultisme ditemui. Harker kemudian menyedari adanya kaitan peribadi dengan pembunuh tersebut dan perlu bertindak segera untuk menghalang pembunuhan keluarga yang seterusnya.

*** MUNGKIN MENGANDUNGI SPOILER ***

Filem ini tiada pengakhiran yang menggembirakan dan tidak banyak adegan menakutkan, tetapi lebih kepada seram dan mengerikan. Ceritanya sunyi, tidak sesenyap A Quiet Place, tetapi mempunyai bunyi-bunyi yang agak pelik di latar belakang, seperti bunyi yang kedengaran samar-samar. Warna dan penggambaran cerita ini ala-ala tahun 70-an, yang mana mereka yang mengenali Osgood Perkins mungkin tahu gayanya.

Bahagian ketiga filem ini agak lemah sedikit, namun secara keseluruhan, ia tetap menghiburkan. Jalan cerita sebenarnya mudah difahami. Walaupun bukanlah sebuah karya agung, ia sangat menghiburkan bagi mereka yang menyukai filem dengan tempo perlahan. Tiada diskaun dari Lembaga Penapisan Filem (LPF), dan filem ini sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana terdapat adegan-adegan brutal.

Penilaian: 7.5/10

Dipawagam mulai 11 Julai. Edaran Mega Films Distribution

Leave a comment