Gojira Buat Persembahan di Sukan Olimpik 2024

Band metal dari Perancis, Gojira bakal membuat persembahan di majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada 26 Julai 2024 (sekitar 27 Julai 2024, Sabtu, 1 pagi waktu Malaysia). Selain Gojira, antara artis lain yang turut membuat persembahan ialah Lady Gaga, Celine Dion dan Aya Nakamura. Gojira dikhabarkan bakal berkolaborasi dengan penyanyi opera, Marina Viotti pada acara pembukaan ini.

Buat penonton di Malaysia, anda boleh menyaksikan Perasmian Pembukaan Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi RTM pada 27 Julai 2024 jam 1.00 pagi di saluran TV Okey (MyTV 110) dan Sukan RTM (MyTV111). Tonton atas talian di https://rtmklik.rtm.gov.my

Dan selamat maju jaya diucapkan buat para atlet Malaysia.

Leave a comment