Menara Kuala Lumpur Tawar Diskaun 60% Sempena Hari Kemerdekaan!

Sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 dengan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, Menara Kuala Lumpur melancarkan Kempen Merdeka Madness dari 1 Ogos hingga 16 September 2024. Kempen ini berlangsung selama 47 hari dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran lampu Colours of Malaysia, sayembara puisi, pertandingan fotografi, jualan trak makanan, persembahan muzik dan budaya, serta festival durian.

Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., berkata promosi kali kedua ini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia. Pengunjung tempatan boleh menikmati diskaun 60% untuk tiket masuk ke semua tarikan di Menara Kuala Lumpur. Tiket untuk Sky Deck berharga RM28 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak), manakala Observation Deck berharga RM12 (dewasa) dan RM8 (kanak-kanak). Kemasukan ke Tower Walk 100 hanya RM8 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak).

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat ini dan sokong Menara Kuala Lumpur yang telah beroperasi sejak 1996. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-2020 5421 atau kunjungi media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur di Facebook, Instagram, TikTok, atau laman web www.kltower.com.my.

Leave a comment