Zul Ariffin Dilantik Sebagai Ikon Khadim Ummah Holidays dan Pelancaran Pakej Umrah Kasih Ramadan

AMPANG, 28 Julai 2024 – Khadim Ummah Holidays Sdn Bhd telah melancarkan dua pakej umrah istimewa, Pakej Umrah Kasih Ramadan dan Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Datuk Seri Razali Mohd Sham, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) di Grand Barakah Hotel, Ampang sempena PAPUH MUSLIM TRAVEL FAIR.

Pakej Umrah Kasih Ramadan memberi peluang kepada umat Islam menjalankan ibadah umrah dengan suasana tenang dan mulia pada bulan Ramadan. Pakej ini direka untuk memastikan jemaah dapat merasai keberkatan bulan suci tersebut di tanah suci dengan bimbingan yang teliti.

Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin pula menawarkan pengalaman unik dengan penyertaan Zul Ariffin sebagai Ikon Khadim Ummah Holidays. Jemaah akan berpeluang melaksanakan ibadah umrah bersama beliau serta mengikuti aktiviti motivasi dan pengisian rohani sepanjang perjalanan.

Khadim Ummah Holidays Sdn Bhd komited menyediakan perkhidmatan umrah berkualiti tinggi dengan harga berpatutan, berharap pakej-pakej ini memenuhi kehendak dan keperluan jemaah serta memberikan pengalaman umrah yang mendalam dan bermakna. Untuk maklumat lanjut, layari www.khadimummahholidays.com.my atau hubungi +6019 453 4425.

Leave a comment