Ketika Ryan Reynolds meletup dengan filem Deadpool & Wolverine di pawagam, isterinya bakal keluar dengan filem baru.
Filem drama romantik Amerika yang dinanti-nantikan, It Ends with Us, bakal menemui penonton pada Ogos 2024. Diarahkan oleh Justin Baldoni dan ditulis oleh Christy Hall, filem ini diadaptasi daripada novel terlaris karya Colleen Hoover yang diterbitkan pada 2 Ogos 2016. Novel tersebut telah terjual lebih daripada sejuta naskhah di seluruh dunia dan diterjemahkan ke lebih 20 bahasa.

Pelakon utama filem ini termasuk Blake Lively, Justin Baldoni, Jenny Slate, Hasan Minhaj, dan Brandon Sklenar. Cerita berpusat pada Lily, seorang wanita yang baru sahaja berpindah ke Boston untuk memulakan hidup baru selepas tamat pengajian. Dia bertemu Ryle Kincaid, seorang pakar bedah saraf yang mempunyai sifat keras kepala dan sedikit sombong, tetapi juga memiliki hati yang lembut terhadap Lily. Walau bagaimanapun, ketidakmampuan Ryle untuk komited dalam hubungan menyebabkan konflik dalam hubungan mereka.
Ketika Lily mula merasai tekanan dalam hubungan baru ini, tiba-tiba…. ia jadi drama tujuh petang. Bergurau. Kalau nak tonton bini Deadpool, tengoklah filem ini.
Filem ini dijadualkan tayangannya pada 9 Ogos 2024 oleh Sony Pictures Releasing di Amerika Syarikat. Tak pasti samada akan tayang di sini melalui Sony Pictures Malaysia.
