Kuala Lumpur, 5 Ogos 2024 – Xiaomi mengumumkan kepulangan Xiaomi POP Run yang sangat dinantikan di Malaysia. Berikutan kejayaan acara larian tahun lalu, Xiaomi sekali lagi membuka penyertaan kepada semua peminat Xiaomi dan rakyat Malaysia. Xiaomi POP Run 2024 dijadualkan pada 17 Ogos di Sunway City Kuala Lumpur dengan tema “Passion Beyond Limits”.
Acara ini akan menampilkan dua jenis perlumbaan: “Professional Race” sejauh 10km dan “Run for Fun” sejauh 3km, memberi pilihan kepada peserta. Hanya 500 peserta pertama yang mendaftar akan diterima. Selama acara ini, peserta boleh menyelaraskan kemajuan dan data kecergasan mereka melalui aplikasi Xiaomi Fitness (Xiaomi Wear) dengan menggunakan peranti Xiaomi mereka.

Xiaomi POP Run 2024 merupakan inisiatif global Xiaomi yang diadakan di 15 negara merentasi 5 benua, termasuk Malaysia. Acara ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam komuniti yang pelbagai. Peserta boleh berseronok, berhubung dengan peminat Xiaomi lain, dan menyumbang kepada gerakan kesejahteraan global.
Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: Flag off “Professional Race” bermula 6.30AM | Flag off “Run for Fun” bermula 7.30AM
Tempat: Sunway City Kuala Lumpur (Titik Perhimpunan: Sunway Resort Hotel)
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Peserta boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan ini. Semua peserta akan menerima pakej perlumbaan termasuk beg, T-shirt, pelekat magnetik, pelekat tatu, tag nombor, dan pita otot. Peserta yang menamatkan perlumbaan juga akan mendapat Pakej Finisher Xiaomi POP Run 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi, ikuti laman Facebook Xiaomi.
