11 Ogos 2024 – Di hadapan panggung wayang ikonik, Coliseum, satu acara meriah diadakan bersempena dengan program Santa Seni@TAR. Acara utama ialah pelancaran pasukan bolasepak baru Persatuan Karyawan Malaysia, Karyawan Football Club berserta jersi pasukan, dan pelancaran single terbaru “Majnun” oleh Azmi Saat, penyanyi solo dari Caliph Buskers.

Pelancaran Pasukan dan Jersi Karyawan Football Club
Pasukan bolasepak ini menggabungkan barisan pemain selebriti yang terdiri daripada Hairee Kool, Lan Zailan, Raja Izzuwin, Riyad, Taufik Khan, Along Jeff, Betto Khai, Daniel, Meerqeen, Riot Kool, Tony Tuah, Aidil Aziz, Hasnol, Shah Slam, Johan Raja Lawak, Wan, Anye Yassin, Shahrul, Azrul, Osama Yamani, dan Mamak RL. Dato’ Dollah Salleh, Dato’ Subadron Aziz, dan Faiz Subri “PUSKAS” turut dilantik sebagai penasihat pasukan.
Menurut Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez, pasukan ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara artis sambil menjalani aktiviti sihat. Hairee Kool menambah, “Nak tengok Johan Raja Lawak, Anye Y assin dan rakan-rakan artis lain buat “lawak” gelecek bola, silalah jemput Karawan Football Club”. Pasukan ini juga menerima tajaan dari Panca Abadi Automobil Sdn Bhd dan sokongan jenama selipar premium ANH.


Bagi yang berminat menjemput Karyawan Football Club untuk perlawanan persahabatan, boleh menghubungi Hairee Kool di talian 011 64595069 atau Dato’ Freddie Fernandez di 012 2071400. Bayaran token akan dikenakan dan sebahagian akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Karyawan untuk membantu artis yang memerlukan.

Azmi Saat Kembali Dengan Single Terbaru “Majnun”
Selepas dua tahun menyepi dari dunia muzik, penyanyi Azmi Saat kini kembali dengan single terbaru bertajuk “Majnun”. Lagu ini membawa penjelasan mendalam tentang cinta yang tidak semestinya dimiliki, namun kekal dalam ingatan dan hati.


Single “Majnun” menceritakan tentang penderitaan seseorang yang mencintai tanpa dapat memiliki, menggambarkan keindahan cinta sejati yang kekal walaupun penuh kesakitan. Azmi Saat mengakui beliau telah menyatukan perasaan dan emosi untuk menghasilkan lagu ini dengan penuh penghayatan.
Menurut Pengurus Besar MAPMUSIC, single ini mempunyai aura yang unik dan Azmi Saat merupakan pilihan ideal kerana kemampuannya dalam menjiwai lagu tersebut. “Majnun” dijadualkan dilancarkan pada 19 Julai jam 5 petang dan boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, lagu ini juga akan tersedia di platform penstriman seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok, dan YouTube Music.
