Find Your Harmony 2024, Acara Trance Sulung Dari Pinkfish Arena

KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2024 – Pinkfish, yang sudah terkenal dalam dunia festival dan muzik, kini melancarkan sub-jenama terbarunya, Pinkfish Arena. Acara sulungnya, Find Your Harmony 2024, dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November 2024. Acara ini berjanji untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua peminat muzik trance.

Pinkfish Arena bertujuan untuk menetapkan piawaian baru dalam persembahan berskala arena dengan fokus pada muzik elektronik yang menguja di lokasi-lokasi ikonik tempatan. Acara ini akan menampilkan DJ terkenal seperti Andrew Rayel, yang akan kembali sebagai kepala pentas untuk persembahan eksklusif berpasangan dengan Giuseppe Ottaviani. Selain itu, Billy Gillies akan mempersembahkan setnya sendiri, sementara Chukiess & Whackboi, duo terkenal dari Pinkfish, turut menyertai barisan artis dengan mewakili scene tempatan.

Selepas kejayaan festival Pinkfish Music & Arts, Pinkfish Live bersama Tyga, dan sambutan Tahun Baru Pinkfish Countdown, pengasas Pinkfish, Mr. Rohit Rampal dan Mr. Kesavan Purusotman (KC), berkongsi: ā€œKami telah berjaya dengan festival dan muzik langsung, dan walaupun kami akan terus dalam aspek tersebut, kami sentiasa mencari cara baru untuk berinovasi dengan bunyi segar. Find Your Harmony 2024 adalah peluang sempurna untuk meneroka muzik trance dengan lebih mendalam. Berdasarkan sambutan hangat terhadap persembahan Andrew Rayel di Pinkfish Countdown 2023, jelas sekali beliau mempunyai pengikut yang besar di sini. Media sosial kami juga dipenuhi dengan permintaan untuk kepulangannya, jadi kami tahu kami perlu membawanya kembali!ā€

Acara ini akan menawarkan perjalanan sonic elektronik yang luar biasa dengan visual yang menakjubkan dan bunyi EDM terkini. Bagi peminat muzik trance dan pengunjung Pinkfish Arena, ia akan menjadi pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Tiket boleh didapati di laman web rasmi mereka, www.pinkfishfestival.com, dengan harga berikut:

  • Kemasukan Umum: Dari RM198.00
  • Kemasukan VIP: Dari RM328.00

Harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan dan caj tiket. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Find Your Harmony 2024, sila hubungi 012-2655783.

Leave a comment