HBO Lancarkan Siri Terhad THE PENGUIN pada 20 September 2024

16 Ogos 2024 – HBO akan melancarkan siri terhad Original terbarunya, The Penguin, yang akan memulakan tayangannya pada Jumaat, 20 September 2024. Siri ini boleh disaksikan di HBO (Astro Ch 411 / Unifi TV 401) dan HBO GO. Semua episod baru siri yang terdiri daripada lapan episod ini akan disiarkan setiap Isnin bermula 30 September.

The Penguin menampilkan Colin Farrell sebagai Oz Cobb (atau dikenali sebagai “The Penguin”). Siri ini merupakan kesinambungan dari saga jenayah epik yang dimulakan dalam filem “The Batman” terbitan Warner Bros. Pictures. Siri ini dibangunkan oleh Lauren LeFranc yang juga bertindak sebagai penulis dan showrunner.

Pelakon lain yang terlibat dalam siri ini termasuk Cristin Milioti sebagai Sofia Falcone, Rhenzy Feliz sebagai Victor Aguilar, Michael Kelly sebagai Johnny Viti, dan Shohreh Aghdashloo sebagai Nadia Maroni. Selain itu, turut berlakon adalah Deirdre O’Connell (Francis Cobb), Clancy Brown (Salvatore Maroni), James Madio (Milos Grapa), Scott Cohen (Luca Falcone), Michael Zegen (Alberto Falcone), Carmen Ejogo (Eve Karlo), dan Theo Rossi (Dr. Julian Rush).

Siri ini diterajui oleh penerbit eksekutif Matt Reeves, Dylan Clark, Colin Farrell, Lauren LeFranc, Craig Zobel yang mengarahkan tiga episod pertama, serta Bill Carraro. “The Penguin” dihasilkan oleh 6th & Idaho Productions dan Dylan Clark Productions dengan kerjasama Warner Bros Television, dan DC Studios. Daniel Pipski juga menyertai barisan penerbit eksekutif.

Untuk mengimbas semula filem “The Batman”, anda boleh melawat HBO GO. Langgani HBO GO secara dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau aplikasi mudah alih melalui App Store atau Play Store pada harga serendah RM23.30 sebulan. HBO GO juga boleh diakses melalui Astro atau Unifi TV serta tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, dan Samsung Smart TV dengan sokongan AirPlay dan Google Cast.

Leave a comment