KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2024 – Fenomena Konsert Dato’ M. Nasir Cipta (dieja M.N45IR sempena 45 tahun kerjaya seni beliau) yang berlangsung pada 10 Ogos lalu di Axiata Arena Bukit Jalil masih segar dalam ingatan ramai. Dengan kejayaan yang mengagumkan dan sambutan yang meriah, pihak penganjur, ICON Entertainment, kini berbesar hati untuk membawa kembali legenda seni tanah air ini melalui satu lagi konsert eksklusif.
Konsert yang dikenali sebagai Konsert Dato’ M. Nasir CIPTA 2 akan diadakan pada 12 Oktober 2024 di lokasi yang sama, Axiata Arena Bukit Jalil. Kali ini, konsert akan mempersembahkan seleksi lagu yang berbeza daripada 3,000 repertoir sedia ada dan berkonsepkan versi lanjutan dari konsert terdahulu.

Menurut pengasas ICON Entertainment, Iman Tang, “Setelah mengambil kira maklum balas dari peminat dan pengkritik seni, kami memutuskan untuk mengadakan versi lanjutan konsert ini sebagai penghargaan kepada mereka yang masih teringin untuk menyaksikan persembahan Dato’ M. Nasir. Konsert ini dinamakan Konsert Dato’ M. Nasir CIPTA 2 dan akan menampilkan barisan lagu yang berbeza daripada konsert yang lalu.”
Berbeza daripada konsert yang lalu, CIPTA 2 akan mempunyai kapasiti yang terhad kepada hanya 6,000 penonton. Tiket untuk konsert ini dijual dalam beberapa kategori dengan harga bermula dari RM 238 hingga RM 588.

“Kami memahami permintaan tinggi dari peminat dan oleh itu kami memutuskan untuk mengadakan konsert dengan kapasiti yang lebih kecil dan lebih eksklusif,” tambah Iman Tang.
Dato’ M. Nasir, yang berusia 67 tahun, turut menyatakan bahawa konsert kali ini akan menampilkan lagu-lagu baru serta beberapa lagu lama yang tidak dipersembahkan dalam konsert pertama. “Saya harap CIPTA 2 akan memberikan pengalaman yang lebih bertenaga dan bermakna kepada semua penonton.”
Tiket untuk Konsert Dato’ M. Nasir CIPTA 2 akan mula dijual pada 27 Ogos 2024 (Selasa) jam 2:00 petang di laman web www.ticket2u.com.my/mnasircipta2. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline di 012-6530700 melalui WhatsApp.
INFORMASI ACARA:
- Tajuk: Konsert Dato’ M. Nasir CIPTA 2
- Tarikh: 12 Oktober 2024
- Lokasi: Axiata Arena Bukit Jalil
- Penganjur: ICON Entertainment
- Harga Tiket & Kategori:
- RM 238 (Fantasia Bulan Madu – FBM)
- RM 338 (Mentari Merah Di Ufuk Timur – MMDUT)
- RM 458 (Layang-layang Terputus Talinya – LLTL)
- RM 488 (Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara – SBSDGS)
- RM 528 (Laila Namamu Teratas – LNT)
- RM 588 (Keroncong Untuk Ana – KUA)
- Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my/mnasircipta2 mulai 27 Ogos 2024, jam 2 petang.
- Hotline: 012-6530700 (WhatsApp)
