Infinix, jenama teknologi yang popular dalam kalangan golongan muda, akan melancarkan telefon pintar terbarunya, Infinix ZERO 40 5G, di Malaysia pada 29 Ogos 2024. Telefon pintar ini dijangka mengubah dunia vlogging dan penciptaan kandungan dengan pelbagai ciri canggih yang ditawarkannya.
Infinix telah bekerjasama dengan WGSN, peneraju ramalan trend pengguna global, untuk memperkenalkan warna trend 2025 mereka, Violet Garden, yang akan digunakan pada model ZERO 40 5G ini. Selain itu, model ini turut hadir dalam dua warna lain iaitu Moving Titanium dan Rock Black.

ZERO 40 5G dilengkapi dengan kamera hadapan dan belakang yang menyokong rakaman video 4K pada 60FPS serta teknologi ProStable yang memastikan kualiti video yang sempurna. Sistem kamera yang serba boleh ini termasuk sensor utama 108MP OIS dan lensa ultra-lebar 50MP, menjadikannya ideal untuk menangkap setiap butiran dan sudut dengan tepat. Selain itu, Infinix turut bekerjasama dengan GoPro untuk memperkenalkan “GoPro Mode” yang membolehkan pengguna mengubah tetapan secara langsung dan menggunakan telefon ini sebagai monitor waktu nyata.

Sempena pelancaran ZERO 40 5G, Infinix akan menganjurkan acara Infinix Strollin Market bersama Strollin Market di PARC@Subang Ria dari 29 Ogos hingga 1 September 2024. Acara ini menawarkan pelbagai gerai tempatan, makanan, seni, kraf, serta persembahan muzik secara langsung.
Selain itu, Infinix juga akan mengadakan pertandingan Infinix ZERO 40 5G VLOG Contest Giveaway, terbuka kepada semua rakyat Malaysia, dengan hadiah bernilai RM30,000 untuk vlog yang paling kreatif dan berkualiti. Pertandingan ini akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 10 September 2024.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman rasmi Infinix Malaysia di laman web, Facebook, Instagram, dan TikTok.
