Lagu Olimpik Gojira Kini Dilancarkan Secara Rasmi di Platform Penstriman

Band metal dari Perancis, Gojira, telah mencipta sejarah sebagai band metal pertama yang membuat persembahan di Sukan Olimpik. Persembahan mereka pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, Perancis pada 26 Julai lalu mencuri tumpuan ramai.

Bersama-sama dengan komposer Victor le Masne dan penyanyi opera Marina Viotti, Gojira membawakan versi lagu “Mea Culpa (Ah! Ça Ira)” yang diolah dengan riff berat dan rentak yang memukau. Persembahan mereka disertai oleh hampir 300 pemuzik klasikal, berlangsung dari tingkap Concierge yang ikonik di Paris, diserikan dengan pertunjukan piroteknik yang megah.

Audio rasmi daripada persembahan tersebut kini boleh didengar di semua platform penstriman. Ini merupakan salah satu momen yang paling banyak dibicarakan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024.

Dengar trek ini di pautan berikut: https://Gojira.lnk.to/MeaCulpa

Leave a comment