Sebadoh Rayakan 30 Tahun Album ‘Bakesale’ dengan Edisi Khas dan Kualiti Bunyi Dipertingkatkan

Kumpulan alternatif rock Sebadoh menyambut ulang tahun ke-30 album studio kelima mereka, “Bakesale”, yang dianggap sebagai album terbaik mereka dan mendapat pengiktirafan meluas. Album di bawah label indie ternama Sub Pop Records ini, yang asalnya dilancarkan pada tahun 1994, telah melalui proses remastering pada tahun 2011 di mana album tersebut diperbaharui dengan kualiti bunyi yang lebih baik.

Selain itu, Sebadoh turut menambah satu CD tambahan yang memuatkan koleksi b-side, lagu-lagu dari EP, dan lagu-lagu yang jarang ditemui dari era yang sama dengan album “Bakesale”. Proses ini diawasi oleh dua ahli kumpulan utama, Lou Barlow dan Jason Loewenstein.

Untuk meraikan ulang tahun ke-30 album ini, “Bakesale” kini dilancarkan semula dalam bentuk vinil perak metalik, yang turut disertakan dengan bahan bonus sebagai muat turun digital. Peminat boleh mendapatkan edisi khas ini melalui pautan: https://music.subpop.com/sebadoh_bakesale

Leave a comment