Album baru bertajuk From Zero juga bakal dilancarkan.
Linkin Park telah memilih Emily Armstrong dari band Dead Sara sebagai vokalis baru mereka. Bersama Emily, Colin Brittain, seorang penulis lagu dan penerbit yang pernah bekerja dengan G Flip, Illenium, dan One OK Rock, turut menyertai Linkin Park sebagai pemain dram.
Pengumuman ini dibuat semasa acara persembahan langsung di Los Angeles, di mana band tersebut turut melancarkan single terbaru mereka, The Emptiness Machine, yang merupakan lagu utama dari album baru berjudul From Zero. Album tersebut dijadualkan dikeluarkan pada 15 November 2024, menerusi Warner Records. Ini adalah album penuh pertama mereka selepas One More Light (2017), sebelum kematian vokalis utama, Chester Bennington.

Linkin Park juga akan memulakan Siri konsert jelajah dunia From Zero, dengan persembahan di enam lokasi utama:
- 11 September 2024 – Kia Forum, Los Angeles, CA
- 16 September 2024 – Barclays Center, New York, NY
- 22 September 2024 – Barclays Arena, Hamburg, Jerman
- 24 September 2024 – The O2, London, UK
- 28 September 2024 – INSPIRE Arena, Seoul, Korea Selatan
- 11 November 2024 – Coliseo Medplus, Bogota, Colombia

Menurut kenyataan Mike Shinoda, album baru ini mencerminkan permulaan awal kumpulan ini dengan nama asal mereka, Xero, serta perjalanan baru mereka. Shinoda juga menyatakan bahawa album ini menggabungkan elemen-elemen khas bunyi Linkin Park dengan sentuhan baharu yang segar dan bertenaga. Pre-sale tiket jelajah akan dibuka untuk ahli fan club Linkin Park Underground pada 6 September, sementara jualan umum bermula pada 7 September 2024.
