Telefilem Kismet, yang ditayangkan dalam slot Cerekarama di TV3, memaparkan sebuah kisah rumahtangga yang diadun dengan baik, meskipun temanya sering kali dilihat sebagai stereotaip dalam dunia drama Melayu. Namun, apa yang membezakan Kismet daripada drama biasa adalah susunan dialog dan skripnya yang rapi, serta cara penyampaian lakonan yang bersahaja tetapi mendalam.
Lakonan mantap Eman Manan, Vanidah Imran, dan Miera Leyana menjadi kekuatan utama telfilem ini. Interaksi antara pelakon telefilem kecekapan dalam turn-taking dan dialog yang tidak tergesa-gesa, memberikan ruang kepada penonton untuk benar-benar menghayati emosi yang cuba disampaikan. Kismet berjaya memaparkan konflik rumah tangga, perbalahan, dan ketegangan dalam suasana yang lebih realistik tanpa perlu menggunakan dialog yang kasar atau terjerit-jerit.
Pengarahan oleh Mohd Noor Kadir jelas memperlihatkan visi yang lebih matang, dengan memberikan fokus kepada ekspresi dan bahasa tubuh watak-watak utama, terutama sekali ketika mereka berhadapan dengan situasi yang menyakitkan tetapi terpaksa dikawal demi kebahagiaan anak. Penonton dapat merasai dilema yang dihadapi oleh Farah, lakonan Vanidah Imran, apabila dia terpaksa berdiam diri walaupun mengetahui suaminya, Shahrom, sedang menjalin hubungan sulit dengan Nora.

Jalan ceritanya mungkin kelihatan biasa – suami yang curang dan isteri yang mendiamkan diri demi menjaga keharmonian keluarga – namun Kismet berjaya membawa dimensi yang lebih mendalam apabila memperlihatkan bagaimana konflik dalaman yang tidak diceritakan mampu mempengaruhi hubungan sesebuah keluarga. Kesakitan yang dialami oleh Farah, baik secara fizikal mahupun emosi, digambarkan dengan jelas melalui ekspresi dan tindak-tanduknya, menambahkan elemen dramatik tanpa perlu menyuarakannya dengan kata-kata.
Bagi mereka yang jarang menonton drama Melayu, Kismet mungkin memberikan satu sudut pandang yang baru, di mana drama tentang sengketa rumah tangga tidak semestinya disampaikan dengan cara yang bising atau penuh makian. Kismet membuktikan bahawa lakonan dan skrip yang rapi boleh meninggalkan impak yang mendalam kepada penonton tanpa perlu menggunakan elemen sensasi yang berlebihan.
Telefilem ini pernah disiarkan pada hari Sabtu, 30 September 2017, pukul 9 malam di TV3, diterbitkan oleh Kuasatek Pictures Sdn Bhd.
