Walaupun sebelum ni dah kantoi, Billy nak buat Fyre Fest sekali lagi.
Fyre Festival, yang terkenal dengan kegagalan besarnya pada 2017, akan kembali pada musim bunga 2025. Kali ini, acara tersebut dijadualkan berlangsung di sebuah pulau persendirian di luar pesisir Mexico. Pengasasnya, Billy McFarland, yang kini berusia 32 tahun, yakin bahawa percubaan kali kedua ini akan lebih berjaya selepas kegagalan pertamanya.
Fyre Fest II dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 28 April 2025 dengan harga tiket bermula dari USD$1,400 hingga USD$1.1 juta. McFarland mendakwa beliau telah mengupah syarikat produksi festival untuk menguruskan aspek logistik seperti pentas dan kemudahan asas, tetapi butiran lanjut mengenai lokasi dan artis yang akan tampil masih belum diumumkan.

Fyre Fest pertama pada 2017 menjanjikan penginapan mewah dan makanan kelas atasan, tetapi peserta hanya menemui khemah bantuan bencana dan makanan ringkas yang pernah membuatkan seluruh internet simpati dengan nasib akak catering, baca di SINI.
Kegagalan festival tersebut menjadi bahan jenaka dan menghasilkan dokumentari serta podcast. McFarland, yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas penipuan, kini merancang untuk menebus kesilapannya dan menjadikan Fyre Fest sebagai festival tahunan yang ikonik.
100 tiket prajualan pertama untuk Fyre Fest II habis dijual dalam masa sehari tahun lalu, walaupun tanpa butiran lengkap mengenai barisan artis atau penginapan. McFarland berharap festival kali ini akan menarik minat ramai, sama ada kerana reputasinya yang buruk atau rasa ingin tahu terhadap apa yang bakal disajikan buat pengunjung.
