Kali terakhir menyaksikan Search beraksi di pentas ialah ketika Konsert Endemik di Zepp KL dua tahun lepas. Semalam, kami kembali lagi bersama Search dengan harapan sesuatu istimewa akan disajikan, apalagi dengan format bersama orkestra. Rata-rata peminat yang hadir dari segenap pelusuk negara juga mengharapkan sesuatu yang magis dari Amy dan rakan-rakannya. Sedang kini dalam fasa lambakan acara dan konsert (event) di sekitar kota setiap hujung minggu, konsert ini semestinya memberi satu memori indah bagi yang hadir menyaksikan Search Symphonic.

Kesesakan di Bukit Bintang tidak menjadi penghalang bagi penggemar Search memenuhi Megastar Arena semalam. Ternyata Search masih utuh dihati peminatnya yang rata-rata berbilang bangsa juga peringkat umur. Sebagai sebuah kumpulan musik yang sudah bertapak lebih 30 tahun, pastinya mempunyai katalog lagu (back catalog) yang banyak bervariasi memungkinkan satu persembahan bersama orkestra menjadi lebih menarik dan progresif.

Setlist Search Symphonic Megastar Arena:
– OVERTURE
1- GELORA CINTA- HILL SOLO
2- LANGIT & BUMI-MK SOLO
3- NIGINA-HILL SOLO
4- KAU PERGI-HILL SOLO
5- ROZANA-MK SOLO
6- DIARY HABIL QABIL- 1st SOLO MK 2nd SOLO HILL
7- FENOMENA-HILL SOLO
8- ISI ATAU KULIT-1st SOLO MK 2nd SOLO HILL
( Medley )
9- SETELAH HUJAN
10- MENITI TITIAN-ACOUSTIC SOLO MK 2nd SOLO HILL
11- GADIS KU-HILL SOLO
12- KEJORA-1st SOLO MK 2nd SOLO HILL
13- YING DAN YANG-HILL SOLO
14- PELESIT KOTA-1st SOLO HILL 2nd SOLO MK
15- ISABELLA-HILL SOLO
16- FANTASIA -HILL SOLO
17- MENTARI MERAH -HILL SOLO
( Encore )
18- BENCANA-HILL SOLO
19- GOTIK MLM EDAN-MK SOLO
20- PAWANA-1st SOLO HILL 2nd SOLO MK
21- TIADA LAGI-1st SOLO HILL 2nd SOLO MK
Search mempunyai kelebihan bagi konsert ini dengan kolaborasi bersama Rie Tsuji, figura penting sebagai Music Arranger dan Keyboardist. Kata Amy, tanpa Rie konsert ini tidak dapat direlisasikan. Susunan muziknya moden, progresif dan modifikasi lagu-lagu asal yang tidak keterlaluan sehingga menganggu struktur asal lagu. Ini memudahkan nyanyian Amy dalam mempersembahkan lagu-lagu evergreen sesuai dengan citarasa peminat. Orkestra pimpinan Dato Mokhzani Ismail juga sangat bertenaga dengan seksyen string , woodwind dan brass yang sangat harmoni melengkapkan (complement) susunan muzik Search semalam. Pujian juga harus diberikan kepada permata drum baru Azim Jenk Ali, nadi bertenaga keseluruhan pelayaran muzik Search semalam. Keseluruhan audio sangat baik sesuai dengan ruang Megastar Arena, juga masih punya potensi untuk lebih dinamik terutama mengimbangi dua output pemain gitar.

Sebagai penghibur berpengalaman, Search kini telah meletakan satu tanda aras dalam arena persembahan bertiket. Pada umur 66 tahun, pesona Amy sangat kuat dihati rakyat, begitu juga layanan mesranya masih seperti awal kariernya. Dengan lagu-lagu yang sentiasa dibibir masyarakat, beliau membuktikan Search bukan hanya sekadar band rock, ianya sebagai satu entiti penting dalam evolusi perjalanan industri muzik Malaysia. Suara Amy? Semalam Amy telah membuktikan, suara dan nyanyiannya masih mantap tetap relevan dgn lagu-lagu Search. Dengan arrangement bersama backing vocal Elji, kesemua lagu-lagu di persembahkan dengan baik. Harus diingat, tidak wajar jika membandingkan suara Amy yang berumur 60an ini dengan suaranya ketika awal 30an. Nikmatilah Rozanna, Fantasia Bulan Madu versi terkini yang masih dialun oleh pelontar asal dengan suara yang lebih matang sesuai dengan peningkatan usia.
Search ini telah move on, ke satu tingkat yang lebih tinggi dalam perjalanan sesebuah band tempatan. Sebagai penggemar juga peminat muzik Serach itu sendiri, tiadalah perlu untuk membandingkan apa lagi mencebik kerana yang paling utama ialah kelangsungan legasi Search itu sendiri dalam menghasilkan karya-karya berkualiti paralel dengan usia personil untuk dinikmati rakyat dalam masa yang makin singkat ini.
Pasukan produksi, promosi, merchandise dan juga pengurusan menjadi elemen yang penting dalam suksesnya Search ini, tidak dapat tidak ini mesti di utamakan. Personally, Search Symphonic ini perlu dipentaskan lagi di pentas prestij seperti Istana Budaya juga Dewan Philharmonic, agar dinikmati oleh lebih ramai audien.
Tahniah Amy, Man Keedal, Nasir dan Hillary, satu konsert yg terbaik dalam siri konsert selama karier Search.

satu lagu sy dengar dari gig ini, org upload, lagu fenomena – hancus! x adil kita nilai dgn satu lagu, ya?
LikeLike