Konsert Udit Narayan Kembali ke Kuala Lumpur Selepas 12 Tahun

KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda Bollywood, Udit Narayan, bakal memukau peminat muzik Hindustan di Malaysia menerusi Konsert Udit Narayan In KL yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Dikenali sebagai “Raja Melodi” (King of Melodies), Udit yang telah berkarier selama lebih tiga dekad akan membawa peminat mengimbau kembali zaman kegemilangan industri filem dan muzik Bollywood, terutamanya era 1990-an sehingga kini.

Penyanyi tersohor ini terkenal dengan lagu ikoniknya, Papa Kehte Hain dari filem Qayamat Se Qayamat Tak, selain menjadi suara kepada pelakon ternama Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, dan Aamir Khan. Sepanjang kariernya, Udit telah menyanyikan lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa termasuk Tamil, Bengali, dan Kanada.

Menurut pihak penganjur, VVST Digital Creation, konsert ini dijamin akan berlangsung tanpa sebarang masalah, meskipun terdapat pembatalan konsert beliau di Pulau Pinang baru-baru ini yang tidak melibatkan pihak mereka.

Konsert dijadualkan bermula pada jam 7.30 malam, dan tiket boleh didapati melalui laman web myticket.asia atau dengan menghubungi VVST Digital Creation di vvstdigital@gmail.com.

Maklumat Konsert:
Acara: Konsert Udit Narayan In KL
Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Tarikh: 28 Disember 2024
Artis Jemputan: Kilafairy

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan luar biasa ini yang akan mengimbau kenangan dan meraikan keindahan muzik Hindustan!

Leave a comment