A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku: Konsert Istimewa Barisan Penyanyi Asal Sabah

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2024 – Orange International, syarikat penganjur konsert terkemuka di negara ini, telah mengumumkan konsert istimewa bertajuk ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’. Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang akhbar eksklusif di Sky Lounge, Hotel Tam.

Konsert yang akan diadakan pada 30 November 2024, bermula jam 8:00 malam di Zepp, Kuala Lumpur, akan menampilkan barisan penyanyi popular Malaysia dari Sabah, termasuk Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie, dan Didi Astillah.

Menurut Dato’ Mohd Fadzli Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, “Ini adalah kali pertama kami menghimpunkan kesemua penyanyi kelahiran Sabah yang terkenal dalam satu pentas untuk memberikan hiburan kepada penggemar muzik tempatan.”

Beliau menambah, “Kami berbangga dapat memberikan platform kepada tujuh artis ‘sumandak’ yang masing-masing telah mencapai kejayaan cemerlang dalam industri muzik. Ini adalah satu penghormatan yang unik.”

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, orang ramai boleh melayari laman web Ticket2u.com.my/sumandak atau menghubungi hotline di +6012-4949 267. Harga tiket adalah seperti berikut:

  • VIP [Special Seating] – RM349
  • Cat 1 [Normal Seating] – RM239
  • Cat 2 [Free Standing] – RM139
  • Cat 3 [Normal Seating] – RM259
  • Cat 4 [Normal Seating] – RM159
  • VIP Box – RM6999

Konsert ini dijangka menjadi acara yang menarik dan dinanti-nantikan oleh peminat muzik tanah air.

Leave a comment