Setelah 36 tahun, penggemar filem Beetlejuice yang terbit di tahun 1988 akhirnya mendapat sequel yang dinantikan, Beetlejuice Beetlejuice. Filem ini jelas ditujukan kepada peminat setia, dengan pelbagai rujukan nostalgia yang menjadikan pengalaman menontonnya lebih bermakna. Tim Burton kembali memimpin projek ini, membawa segala keunikan humor, imaginasi fantastik, dan sentuhan morbidity yang menjadi tanda dagangnya.
Walaupun penggunaan teknik puppet untuk menghormati filem asal adalah langkah yang menarik, beberapa penonton mungkin merasakan kesan CGI yang digunakan tampak kuno. Namun, itu adalah niat Burton sendiri—membawa kembali elemen klasik yang membuat Beetlejuice istimewa. Bagi penulis, keseluruhan filem ini masih menghiburkan, walaupun ada beberapa babak yang terasa berlebihan, seperti segmen soul train yang mungkin melampau.

Dari segi penceritaan, filem ini terasa seperti mengumpulkan pelbagai elemen yang kadang-kadang menjadikan jalan ceritanya kelihatan berpecah. Munculnya Monica Bellucci di awal filem dan kemudian tidak berfungsi dan hilang sehingga akhir baru muncul menimbulkan persoalan tentang peranannya dalam plot. Namun, karakter Beetlejuice sendiri tetap menjadi daya tarikan utama, walaupun Michael Keaton tampak kurang menonjol kali ini.
Keseluruhannya, Beetlejuice Beetlejuice adalah filem keluarga yang kelakar dan ringan, walaupun keghairahan gila-gila Burton dari filem pertama mungkin telah pudar sedikit. Penulis memberikan 6.5/10 untuk hiburan yang menghiburkan ini. Filem ini mungkin tidak sekuat pendahulunya, tetapi tetap layak ditonton, terutamanya bagi mereka yang merindui karakter Beetlejuice yang unik ini.

Filem ini telah mula ditayangkan di pawagam edaran Warner Bros. Pictures Malaysia.
