Ulasan Filem Smile 2: Senyuman Mengerikan

Penulis baru sahaja menonton Smile 2 malam tadi, dan ingin berkongsi sedikit pandangan tentang filem ini. Terutamanya kerana lakonan Naomi Scott yang begitu natural sebagai Skye, yang terperangkap dalam tekanan dan halusinasi, filem ini memang menarik perhatian.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Skye Riley, seorang penyanyi yang kembali terkenal setelah terlibat dalam kemalangan. Suatu malam, dia pergi menemui Lewis untuk mendapatkan ubat bagi mengurangkan sakit belakangnya. Namun, malam itu membawa Skye ke dalam dunia yang penuh kegelapan apabila dia dihantui oleh wajah senyum yang membuatnya gila. Penonton akan dibawa dalam perjalanan yang membuatkan mereka tidak dapat membezakan antara khayalan dan realiti yang dilalui oleh Skye.

Kekuatan Filem

Salah satu kelebihan Smile 2 adalah kedudukan jumpscare yang menarik dan mampu membuatkan jantung berdegup kencang. Terdapat satu adegan di rumah Skye yang benar-benar mencabar adrenalin penonton. Selain itu, plot twist yang berlapis-lapis membuatkan penonton semakin teruja, dan endingnya sangat epik dan menarik.

Filem ini juga membawa mesej penting tentang kepentingan mengambil berat terhadap apa yang orang lain lalui. Kita dapat melihat bagaimana watak ibu Skye mengongkong kehidupan anaknya demi wang, memberi dimensi tambahan kepada cerita.

Kesimpulan

Anda tidak perlu menonton Smile yang pertama untuk memahami jalan cerita ini. Namun, jika anda telah menontonnya, anda mungkin dapat meneka beberapa twist dan endingnya.

Muzik latar filem ini juga patut dipuji; bunyinya seperti suara orang teriak kesakitan dalam kubur, yang menambah suasana menyeramkan. Walaupun saya khuatir filem sekuel mungkin menjadi klise, saya merasakan Smile 2 lebih baik daripada yang pertama.

Filem ini memang tidak akan membuatkan anda duduk dengan tenang, dan setiap adegan gore yang dipaparkan tidak ditapis. Ia berbaloi untuk ditonton!

Rating: 8/10

Edaran United International Pictures Malaysia

Leave a comment