Jom ‘Tenggelam’ Dengan Sumpah Dan Cinta Matiku: Konsert Nidji 2.3 – The New Chapter Menandakan Kembalinya Karya Muzik Ikonik

Selepas lebih dua dekad mengukir nama dalam industri muzik Indonesia, Nidji terus berdiri teguh dan berjaya mencuri perhatian generasi baharu dengan cara yang tersendiri. Salah satu lagu paling fenomena, Sumpah Dan Cinta Matiku, telah melonjakkan semula populariti kumpulan ini, terutama selepas ia menjadi kegemaran ramai di platform TikTok.

Lagu tersebut yang pertama kali diterbitkan sebagai runut bunyi untuk filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pada tahun 2013, kini menjadi antara lagu yang paling banyak dimainkan, menandakan kebangkitan semula Nidji dalam radar muzik Indonesia dan Nusantara. Dengan populariti yang kembali meletup, Nidji kini semakin sibuk memenuhi undangan persembahan di Malaysia, menjadikan mereka pilihan utama dalam festival muzik di rantau ini.

Setelah terlibat dalam pelbagai persembahan bersama rakan-rakan pemuzik lain, kini tiba masanya Nidji memberikan sesuatu yang lebih besar untuk peminat — konsert solo yang dinanti-nantikan. Konsert Nidji 2.3: The New Chapter ini akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 2 Februari 2025, sebagai sebuah penghargaan untuk peminat setia yang telah menyokong mereka selama 23 tahun dalam industri muzik.

Konsert ini merupakan sambutan ulang tahun ke-23 bagi kumpulan yang diperkenalkan pada tahun 2002 dan akan disertai dengan album baru yang bakal dilancarkan pada November 2024. Konsert ini bukan sahaja bakal menghiburkan peminat lama, tetapi juga memberi peluang kepada generasi baharu yang mula mengenali Nidji melalui media sosial seperti TikTok.

Yusuf Ubay (vokal/saxophone), Andro Regantoro (bass), Randy Danistha (keyboards/synthesizers), Ramadhista Akbar dan Andi Ariel Harsya (gitar), serta Adri Prakarsa (dram), kelima-lima anggota Nidji, akan tampil dengan persembahan penuh bertenaga, menjanjikan pengalaman muzik yang tidak akan dilupakan. Nidji 2.3: The New Chapter dijangka menjadi satu acara yang mengukir sejarah tersendiri, terutama dalam menghubungkan peminat lama dan baharu.

Daniel Harith, wakil penganjur MND Sport & Event, berkata, “Selepas melihat kehadiran Nidji dalam banyak festival dan acara bersama pemuzik lain di Malaysia, kami terpanggil untuk menganjurkan konsert solo pertama mereka. Kami percaya kekuatan muzik Nidji, yang tidak hanya menarik peminat dari generasi awal, tetapi juga peminat muda yang mengenali mereka melalui TikTok, akan memastikan konsert ini menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan.”

Nidji pula meluahkan rasa teruja dengan peluang mengadakan konsert solo selepas sekian lama, “Setelah bertahun-tahun tidak tampil dalam konsert solo, kami sangat teruja dengan peluang yang diberikan oleh MND Sport & Event. Konsert ini akan menjadi platform untuk kami berinteraksi lebih intim dengan peminat, sambil menyambut ulang tahun ke-23 kami dan memperkenalkan album baru kami.”

Tiket untuk konsert ini sudah boleh didapati mulai 8 November 2024, dengan harga seperti berikut:

  • CAT 1: RM168
  • CAT 2: RM108
  • VIP: RM258
  • General Admission: RM158
  • Meet & Greet Pass: RM198

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui ILASSOTICKETS. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert penuh bertenaga ini pada 2 Februari 2025 di Axiata Arena!

INFORMASI KONERT
Artis: Nidji
Acara: Nidji 2.3: The New Chapter
Tarikh: 2 Februari 2025
Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil
Penganjur: MND Sport & Event
Harga Tiket:

  • CAT 1 (RM168)
  • CAT 2 (RM108)
  • VIP (RM258)
  • General Admission (RM158)
  • Meet & Greet Pass (RM198)
    Pembelian Tiket: ILASSOTICKETS
    Rakan Media: Era FM, Sinar FM, Astro Gempak

Jika anda seorang peminat Nidji, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Nidji 2.3: The New Chapter — konsert yang pasti memukau! Jumpa anda di Axiata Arena pada 2 Februari 2025!

Leave a comment