myBarber Lancar Aplikasi Beta Terbuka untuk Perkhidmatan Barber Dalam Talian di Malaysia

Kuala Lumpur, 3 November 2024 — myBarber, sebuah aplikasi inovatif yang memudahkan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut, telah secara rasmi melancarkan versi beta terbukanya di SneakerLAH, MITEC, Kuala Lumpur. Aplikasi ini direka khas untuk rakyat Malaysia, membolehkan mereka membuat temu janji untuk perkhidmatan barber sama ada di rumah atau di kedai dengan lebih mudah. Dengan tujuan untuk merapatkan jurang antara pelanggan dan barber berkemahiran tinggi, myBarber menawarkan kemudahan, kecekapan, dan kualiti perkhidmatan yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Majlis pelancaran yang dihoskan oleh penyampai radio terkenal, Haniff Hamzah, dan Bidin Al Zaifa dari Waknat TV, menampilkan pelbagai acara menarik termasuk upacara pelancaran aplikasi, pertandingan barber secara langsung, serta sesi pendidikan mengenai penjagaan rambut yang dipimpin oleh pakar industri. Acara ini juga dirasmikan oleh beberapa figura terkemuka, termasuk pengasas TODAK, Azlan Zainal, serta pempengaruh dan pengasas Joe’s Barbershop, Safuan Bachtiar dan Firdaus Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Retrobee.

myBarber bertujuan untuk merevolusikan proses tempahan perkhidmatan grooming yang tradisional dengan membenarkan pengguna untuk menempah khidmat potongan rambut, meneroka portfolio barber berdekatan, serta membuat pembayaran tanpa tunai dengan hanya beberapa ketikan di telefon pintar. Platform ini turut menyokong barber bebas, membolehkan mereka mencapai pelanggan baru, serta menyediakan alat digital untuk menguruskan temu janji dengan lebih baik dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Matlamat kami adalah untuk menyemarakkan pengalaman barbering dengan menjadikannya mudah diakses dan senang untuk semua orang,” kata Hazman Hashri pengasas bersama myBarber.

Aplikasi ini menawarkan beberapa faedah unik kepada pelanggan dan barber. Untuk pelanggan, myBarber memberikan pengalaman tempahan yang mudah, membolehkan mereka meneroka profil barber berdekatan, melihat penilaian dan ulasan, serta menerima notifikasi peringatan untuk membantu mereka mengingati temu janji. Bagi barber dan pemilik perniagaan, aplikasi ini menyediakan alat untuk mengurus tempahan, mengakses analitik perniagaan, serta memahami tren pelanggan.

“Matlamat kami adalah untuk menyemarakkan pengalaman barbering dengan menjadikannya mudah diakses dan senang untuk semua orang,” – Hazman Hashri pengasas bersama myBarber

myBarber merupakan inisiatif baharu yang dikuasakan oleh jenama lokal terkenal, TODAK. Azlan Zainal, pengasas TODAK, menyatakan bahawa idea untuk myBarber tercetus semasa pandemik apabila keperluan untuk perkhidmatan pemotongan rambut di rumah semakin meningkat.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti myBarber di media sosial: Instagram @mybarberhq, Facebook myBarber, dan laman web barber.my.

Leave a comment