Konsert Boney M di Kuala Lumpur: Kembali dengan Irama Disko Sempena Jelajah Jubli Emas!

Boney M, kumpulan legenda era disko, akan membawa kembali irama gemilang mereka ke Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah jubli emas yang dinantikan ramai.

Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dengan Front Row Entertainment sebagai penganjur bersama, Konsert Ulang Tahun ke-50 Boney M di Kuala Lumpur ini bakal diadakan pada 12 Januari 2025 (Ahad), jam 8 malam, bertempat di Mega Star Arena, KL. Kumpulan ini akan diketuai oleh Maizie Williams, satu-satunya anggota asal, yang bakal memukau para peminat.

Penonton berpeluang menyaksikan persembahan lagu-lagu popular Boney M seperti “Daddy Cool,” “Sunny,” “Ma Baker,” “Rasputin,” “Hooray! Hooray! It’s a Holi-Holiday,” “Brown Girl In The Ring” dan banyak lagi yang masih menjadi kegemaran hingga kini.

Kerjaya Boney M bermula apabila penerbit muzik Frank Farian melancarkan lagu “Baby Do You Wanna Bump” yang mendapat sambutan hangat. Kejayaan lagu tersebut mendorong beliau untuk menggupah Maizie Williams sebagai penghibur pentas. Boney M kemudiannya berkembang dengan kemasukan Marcia Barrett, Liz Mitchell, dan mendiang Bobby Farrell, menjadikan mereka kumpulan disko yang diminati di seluruh dunia.

Selepas lima dekad, Boney M terus menjadi pilihan peminat di seluruh dunia. Maizie Williams akan memimpin persembahan yang penuh bertenaga dan menawan, dengan koleksi lagu-lagu klasik yang tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Tiket akan mula dijual pada 15 November 2024 (Jumaat) jam 12 tengah hari melalui www.ticketingtix.com dan www.frontrow.asia. Harga tiket adalah seperti berikut: RM688 (VIP), RM438 (CAT 1), RM388 (CAT 2), dan RM188 (CAT 3), dengan yuran pemprosesan RM4.

Untuk perkembangan lanjut, ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl).

Leave a comment