Dua Lipa Batalkan Konsert di Jakarta Atas Isu Keselamatan Pentas

Jakarta: Penyanyi terkenal antarabangsa, Dua Lipa, terpaksa membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Jakarta malam ini atas sebab keselamatan berkaitan pentas. Keputusan itu dibuat setelah pihak penganjur mendapati pentas konsert tersebut tidak mencapai standard keselamatan yang diperlukan, menimbulkan kebimbangan akan risiko kepada penyanyi dan para peminat.

Berita pembatalan ini telah mengejutkan peminat yang sudah lama menantikan kehadiran penyanyi itu di Jakarta. Ramai meluahkan rasa kecewa di media sosial, termasuk komen dari seorang netizen yang menyatakan, “Dia buat pentas macam dangdut koplo mana maunya!”, menggambarkan ketidakpuasan hati terhadap kualiti persediaan pentas tersebut.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Dua Lipa menyatakan rasa sedihnya terhadap keputusan yang terpaksa diambil. “I am heartbroken to share that I won’t be able to perform in Jakarta this Saturday, November 9. I am here in your amazing country and ready to perform, but I am gutted to share that it has been determined that it is not safe for the performance to carry on due to safety issues with the staging,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia amat menantikan persembahan di Jakarta selepas sekian lama tidak beraksi di negara itu. “I was so looking forward to this night, and it truly pains me that we cannot perform for you all, especially after such a long time since my last performance in Jakarta.”

Sebagai langkah susulan, Dua Lipa memaklumkan bahawa peminat yang telah membeli tiket akan menerima bayaran balik dari tempat pembelian masing-masing. Dia turut menyatakan harapan untuk bertemu peminatnya di masa hadapan. “I love you all and truly can’t wait to be back together in the same room with you singing and dancing our hearts out as soon as possible.”

Pembatalan konsert ini pastinya menjadi satu kekecewaan besar buat para peminatnya di Jakarta yang sudah lama menantikan persembahan secara langsung daripada penyanyi popular itu.

Leave a comment