KUALA LUMPUR, 26 November 2024 ā Konsert ROXtheNATION bakal menggegar ibu negara dengan persembahan spektakular tiga legenda rock dari Malaysia dan Indonesia, iaitu Man Keedal, Jo Branko, dan Eet Sjahranie, pada 25 Januari 2025 di Menara Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur, konsert dijadual berlangsung di lokasi ikonik itu pada 25 Januari 2025. Ini merupakan projek usahasama antara Menara Kuala Lumpur, FAR Worldwide sebagai penganjur acara, dan SU.RE Sihat KL (Persatuan Sukan, Rekreasi &
Kesihatan Kuala Lumpur) sebagai Rakan Rasmi Program CSR.



Konsert julung kali ini menyaksikan gabungan mantap tiga band rock ā Waris, Barbarik, dan EdanE ā yang membawa keunikan muzik masing-masing. Lebih istimewa, ketiga-tiga gitaris utama ini akan bersatu dalam segmen khas yang dijangka menjadi tarikan utama acara.
Menurut Pengerusi Projek, Ellie G, ROXtheNATION adalah simbol penyatuan muzik rock dua negara serumpun. āDengan gabungan pemuzik hebat yang bertahan lebih empat dekad, konsert ini bukan sahaja meraikan kehebatan muzik rock, tetapi juga menjalin persahabatan antara Malaysia dan Indonesia,ā katanya pada sidang media di Menara Kuala Lumpur.



Man Keedal, yang juga Pengarah Konsert & Muzik, mengetuai pasukan produksi bersama Samsul Kamal, Jerry Hend, dan Mewah Event Management. Tiket berharga RM188 (Silver), RM288 (Gold), RM388 (VIP), dan RM30 (Live Streaming), boleh dibeli di www.ilassotickets.com mulai 26 November 2024.
Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial, 5% hasil tiket akan disumbangkan kepada SU.RE Sihat KL, organisasi yang mempromosikan gaya hidup sihat. Penajaan oleh Farmasi, iaitu sebuah jenama kecantikan yang dibangunkan di Turki, juga membolehkan peminat berhibur sambil beramal apabila 5 peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada persatuan, sama ada menerusi pembelian produk Farmasi Shield Man atau tiket konsert. Hadiah eksklusif seperti motosikal Harley Davidson turut menanti peminat bertuah.

ROXtheNATION dijangka menarik lebih 3,000 peminat dan membuka lembaran baharu dalam acara muzik tanah air, menjadikannya bukan sekadar hiburan, tetapi juga platform perpaduan serumpun.
