Trio legenda muzik tanah air, KRU, bakal mencipta sejarah baharu dengan penganjuran Konsert GENKRU yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mei 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Setelah lebih enam tahun tidak membuat persembahan berskala besar bersama, Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim kini kembali untuk meraikan perjalanan mereka dalam industri muzik tempatan yang telah berlangsung selama lebih tiga dekad.

Dianjurkan oleh ICON ENTERTAINMENT, konsert ini dijangka menjadi salah satu acara epik tahun 2025. Menurut pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang, idea untuk membawa KRU kembali ke pentas besar telah dirancang sejak 2022, dan persetujuan akhir hanya dicapai pada September 2024. “KRU bukan sekadar sebuah kumpulan muzik biasa, tetapi ikon yang telah mencipta gelombang revolusi muzik di Malaysia. Konsert GENKRU ini adalah penghormatan kepada sejarah dan legasi yang telah mereka bina,” ujar Iman.
BELI CD KRUMANIA JIKA ANDA PEMINAT KRU!
Konsert ini akan menampilkan himpunan lagu hits KRU seperti Awas, Fanatik, Oh La La, Mengerti, Generasiku, dan banyak lagi yang telah mengukuhkan nama mereka sebagai legenda industri muzik Malaysia. KRU sendiri menyifatkan konsert ini sebagai medan untuk meraikan evolusi mereka dari era 90-an hingga kini, serta peluang untuk berinteraksi dengan peminat setia yang terus menyokong karya mereka.

Menurut KRU, Konsert GENKRU bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah penghargaan terhadap muzik tempatan yang setaraf dengan karya Nusantara dan antarabangsa. Walaupun butiran mengenai konsep persembahan masih dirahsiakan, trio ini berjanji untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan tidak akan dilupakan oleh peminat.
Kali terakhir KRU tampil dalam konsert besar ialah melalui Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya pada Mei 2018. Dengan kemunculan semula ini, mereka menjanjikan sesuatu yang lebih besar dan lebih bermakna, sesuai dengan legasi mereka sebagai pelopor muzik pop dan hip hop Malaysia sejak 1992.


Tiket untuk Konsert GENKRU boleh didapati melalui laman www.ticket2u.com.my mulai 20 Disember 2024, jam 11 pagi dengan harga bermula dari RM258 sehingga RM588, bergantung kepada kategori. Peminat diseru untuk tidak melepaskan peluang keemasan menyaksikan trio legenda ini kembali menggegarkan pentas dengan persembahan memukau.
Maklumat Acara:
- Artis: KRU
- Acara: Konsert GENKRU
- Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
- Tarikh: 3 Mei 2025
- Masa: 8.30 malam
- Penganjur: ICON ENTERTAINMENT
- Harga Tiket:
- OOH! LA! LA! – RM258
- AWAS – RM358
- MENGERTI – RM478
- TERHANGAT DI PASARAN – RM508
- APA SAJA – RM548
- FANATIK – RM588
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sejarah tercipta di pentas muzik tanah air. “Awas” jika anda benar-benar “Fanatik” KRU, pastikan anda hadir ke Konsert GENKRU kerana peluang ini mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
KEMASKINI: SOLD OUT dalam masa sejam!
Atas permintaan ramai, GENKRU CONCERT – DAY 2 kini diumumkan!
Tarikh: 4 Mei 2025 (Ahad)
Masa: 8:30 malam
Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Harga Tiket:
– UNTUKMU – RM 258
– VOODOO – RM 358
– JANGAN LAFAZKAN – RM 478
– DI PINTU SYURGA – RM 508
– “2” – RM 548
– THE WAY WE JAM – RM 588
Tiket mula dijual pada 23 Disember 2024, jam 3:00 petang di www.ticket2u.com.my/kru2
Jangan lepaskan peluang kedua ini! GERGASI KEMBALI MALAM KEDUA!
