Kuala Lumpur, 26 Disember 2024 – Astro kini membawa kembali Astro Home of Kids, sebuah acara 4 hari yang penuh dengan keriangan dan hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga. Program yang berlangsung dari 26 hingga 29 Disember 2024, di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, ini terbuka secara percuma dari jam 10.30 pagi hingga 9.00 malam.
Acara ini mengajak pengunjung untuk menemui karakter kegemaran mereka dari saluran seperti Cartoon Network, Nickelodeon, DreamWorks, Disney+ Hotstar, dan banyak lagi. Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk sesi kraf, permainan interaktif, dan pertunjukan mengujakan yang pastinya membangkitkan rasa ingin tahu anak-anak.

Antara tarikan utama adalah peluang untuk bertemu dengan karakter popular seperti Didi & Friends, Pinkfong, Cocomelon, SpongeBob, Ultraman Arc, Upin & Ipin, dan banyak lagi. Selain itu, zon bertema seperti Pinkfong dan Didi & Friends turut menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Pelanggan Astro juga boleh menebus pas bergambar eksklusif menerusi aplikasi My Astro untuk bergambar bersama karakter kegemaran mereka. Mereka yang mendaftar atau menaiktaraf pakej Astro juga berpeluang menerima barangan eksklusif.

Menurut Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro, acara ini bukan sekadar hiburan tetapi juga peluang untuk si cilik belajar dan berimaginasi. “Astro Home of Kids adalah kemuncak kandungan kanak-kanak Astro, membuka ruang untuk mereka meneroka, belajar dan bercita-cita,” katanya.
Astro turut menekankan komitmennya terhadap keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak, memastikan kandungan yang disediakan sesuai dengan usia dan bebas dari unsur yang tidak sesuai. Program ini diperkasakan oleh penaja utama, U Mobile, dan penaja bersama KFC, Al-Kauthar Eduqid, serta Marigold.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai keceriaan Astro Home of Kids di IOI City Mall dari 26 hingga 29 Disember. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.
