Kolaborasi Fesyen Puma dan Squid Game Kembali dengan Koleksi Baru Musim Kedua

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2024 – Jenama fesyen terkenal PUMA sekali lagi berkolaborasi dengan siri popular Netflix, Squid Game, sempena musim kedua rancangan tersebut. Koleksi baharu ini memperkenalkan elemen permainan dari musim kedua iaitu Mingle Game.

Koleksi ini terdiri daripada dua item utama, iaitu kasut PUMA Palermo dan T-Shirt grafik baharu. Kasut Palermo hadir dengan ciri boleh disesuaikan, di mana lidah kasut boleh ditukar kepada pelbagai warna untuk menggambarkan pilihan pintu dalam Mingle Game. Tab khas pada kasut ini turut menyembunyikan easter egg bertemakan Squid Game, manakala elemen reka bentuk yang diinspirasikan daripada sarkas menambahkan lagi sentuhan unik. T-Shirt pula menampilkan cetakan grafik permainan Mingle Game di bahagian belakang bersama label jenama bersama PUMA x Squid Game.

Bagi peminat, aktiviti PUMA x Squid Game kini berlangsung di Sunway Pyramid, LG2 Orange Wing, sehingga 29 Disember. Pengunjung berpeluang mencabar rakan-rakan dalam permainan Dalgona untuk memenangi rantai kunci eksklusif bertemakan Squid Game. Selain itu, pelanggan yang membeli koleksi ini juga akan menerima rantai kunci eksklusif yang boleh didapati di kedai PUMA terpilih, selagi stok masih ada.

Koleksi Mingle Game PUMA x Netflix Squid Game kini dijual pada harga RM189 di PUMA.com, kedai PUMA terpilih, dan peruncit terpilih. Kasut Palermo pula eksklusif dijual di Solewhat pada harga RM449. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kolaborasi fesyen dan televisyen yang mengagumkan ini!

Leave a comment