Sungei Wang Plaza Raikan Tahun Ular dengan Kempen “Fortune Town”

KUALA LUMPUR – Menyambut kedatangan Tahun Ular, Sungei Wang Plaza kembali semarak dengan suasana perayaan menerusi kempen Tahun Baru Cina 2025 bertemakan “Sungei Wang Fortune Town”. Majlis pelancaran rasmi kempen tersebut diadakan dengan meriah dan turut dihadiri rakan media serta tetamu jemputan.

Kempen kali ini menampilkan kelainan dengan gabungan unsur nostalgia dan hiburan moden melalui kerjasama kreatif bersama watak ikonik Old Master Q dan kumpulan artis tempatan MINDFREAKXX. Kolaborasi itu menonjolkan gabungan budaya pop klasik dan elemen kontemporari, sekaligus menghidupkan kembali kenangan era lampau dalam suasana moden yang penuh warna.

Selaras dengan semangat kemeriahan Tahun Baru Cina, seluruh ruang Sungei Wang Plaza dihiasi dengan tema “Fortune Town” yang membawa pengunjung menelusuri perjalanan masa ke era tradisi dan kebudayaan masyarakat Cina. Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan kebudayaan, bengkel seni, sesi interaktif bersama maskot Old Master Q, serta persembahan khas oleh MINDFREAKXX.

Selain itu, kempen ini turut menampilkan pelbagai promosi eksklusif daripada penyewa pusat beli-belah tersebut serta peluang memenangi hadiah istimewa melalui aktiviti perbelanjaan bertuah.

Dengan pendekatan baharu yang menggabungkan elemen warisan dan kreativiti moden, Sungei Wang Plaza terus menegaskan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah yang sinonim dengan sambutan perayaan penuh warna di ibu kota.

Leave a comment