Suria KLCC mempersembahkan sambutan Hari Raya 2025 bertemakan keindahan Maghribi dari 7 Mac hingga 13 April. Reka bentuk ruang Centre Court diinspirasikan oleh seni bina istana Maghribi dengan kubah interaktif, tanglung bercahaya, dan lengkungan tradisional, manakala Esplanade KLCC menampilkan struktur Moorish yang menawan.
Pelbagai persembahan seperti muzik Oud Arab, gendang Maghribi dan tarian bertemakan budaya Maghribi memeriahkan suasana. Pengunjung turut dijemput menyertai bengkel kreatif termasuk hiasan bunga dan mozek alas cawan. ‘Pesta Meriah Lain Macam Astro’ bersama selebriti popular berlangsung pada 15 dan 16 Mac.

Pembeli berpeluang menikmati ganjaran eksklusif seperti e-Baucar dan sampul Raya, di samping menyokong kesedaran kesihatan mental menerusi pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.

Di Alamanda Putrajaya, sambutan berlangsung dari 7 Mac hingga 6 April dengan dekorasi Maghribi dan persembahan kebudayaan seperti Zapin dan tarian Arab. Aktiviti seni lukisan kaca untuk kanak-kanak serta ganjaran membeli-belah ditawarkan. Inisiatif komuniti termasuk lawatan rumah kebajikan YAYAKEM turut dijalankan.
Mesra Mall di Kemaman turut meraikan Hari Raya dari 7 Mac hingga 8 April dengan aktiviti tradisional seperti bengkel anyaman, kaligrafi Jawi dan pertandingan pakaian tradisional. Acara kemuncak ‘Jalinan Mesra’ meraikan pelajar pendidikan khas dengan berbuka puasa dan persembahan istimewa. Pengunjung juga menikmati ganjaran belian dan edaran bubur lambuk oleh penyewa utama, TMC.
