Kempen KAO–Watsons Galak Penjagaan Kulit Bermula Dari Remaja

KAO Malaysia dengan kerjasama Watsons telah melancarkan kempen “Skin Protection, Life Perfection” sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan perlindungan dan penjagaan kulit secara konsisten sepanjang hayat, bermula dari usia muda. Kempen ini memperkenalkan pendekatan ekosistem kolaboratif yang bukan sahaja menampilkan rangkaian produk penjagaan kulit Bioré, tetapi turut disokong dengan program ganjaran pelanggan Watsons serta sumbangan 1% hasil jualan kempen kepada penyelidikan kesihatan kulit tempatan.

Majlis pelancaran turut menampilkan pakar-pakar industri seperti Profesor Madya Dr. Noraini dari Universiti Malaya dan Dr. Lim Ing Kien dari Ventamin yang berkongsi pandangan tentang peranan sains dalam formulasi produk penjagaan kulit serta pentingnya pendekatan penjagaan kulit yang bersesuaian mengikut peringkat usia. Pendekatan mudah “Cleanse. Protect.” yang diperkenalkan melalui kempen ini memberi penekanan kepada amalan membersih dan melindung sebagai asas rejimen harian untuk membina daya tahan kulit terhadap ancaman seperti sinaran UV, haba dan pencemaran.

Watsons sebagai rakan peruncit rasmi turut menyokong kempen ini melalui pelbagai insentif dan program kesetiaan pelanggan. Dari Mei hingga Ogos 2025, pengguna boleh menebus produk Bioré terpilih melalui program ‘W Rewards’ dan ‘E-Stamp’. Selain itu, pembelian bernilai RM80 dan ke atas dalam satu resit sepanjang tempoh 6 Mei hingga 25 Jun 2025 melayakkan pengguna untuk menebus PIN Touch ‘n Go bernilai RM25, sama ada di kedai fizikal mahupun secara dalam talian.

Kempen ini juga memperkukuh komitmen KAO Malaysia dalam menyemai tabiat penjagaan diri yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, selari dengan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial yang sedang dijalankan, termasuk kempen pencegahan denggi “Guard Our Future” di Selangor.

Leave a comment