Kumpulan hip hop ikonik era 1990-an, 4U2C bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert penuh penyatuan semula berjudul WE 4U2C: Bringin’ Back Da 90’s Flava, yang dijadual berlangsung pada 15 September 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Buat pertama kali dalam hampir 17 tahun, tujuh anggota asal 4U2C – Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam – bakal kembali bersatu di pentas untuk sebuah malam istimewa yang penuh dengan irama nostalgia, semangat perpaduan, dan kenangan indah era kegemilangan hip hop tempatan.

Menurut AC Mizal, penganjuran konsert ini merupakan impian yang telah lama disimpan, dan tercetus hasil cetusan idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum disusuli dengan tawaran rasmi daripada penganjur, Juss Event.
Konsert ini dijangka menjadi detik bersejarah buat peminat muzik tanah air, apabila generasi lama dan baharu berhimpun untuk meraikan warisan muzik 4U2C yang terus hidup merentas zaman.
Tarikh: 15 September 2025 (Isnin)
Masa: 8:30 malam (Pintu dibuka pada 7:00 malam, tertakluk kepada perubahan)
Lokasi: Idea Live Arena, Petaling Jaya
