WAVE Audio & Visual Experience 2025 Bawa Revolusi Hiburan Rumah ke Kuala Lumpur

Petaling Jaya, 1 Oktober 2025 – Dunia hiburan rumah bakal berubah wajah dengan penganjuran sulung WAVE Audio & Visual Experience 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari di Hotel Eastin, Phileo Damansara dari 10 hingga 12 Oktober ini.

Dianjurkan oleh Gryphon Production Sdn Bhd, syarikat produksi konsert dan acara terkemuka, WAVE AV Experience bukan sekadar ekspo, ia satu pengalaman yang menggabungkan inovasi, rekaan dan gaya hidup moden dalam dunia audio serta visual. Sama ada peminat hi-fi, profesional industri atau pengunjung umum, acara ini menjanjikan penerokaan teknologi masa depan yang memukau.

Lebih 65 pempamer membawakan lebih 200 jenama global dan tempatan yang meliputi sistem Hi-Fi, teater rumah, fon kepala, projektor, televisyen, sistem akustik, elektronik pengguna dan aksesori gaya hidup. Antara daya tarikan utama ialah sistem audio bernilai jutaan ringgit daripada Audio Perfectionist (Level 15, Room 1527) dan Statement Systems (Level 3, Conference Room), termasuk Acoustical A-Stellar turntable dengan lengan nada Titan Grand Complication bernilai lebih RM1 juta.

Audio Perfectionist turut memperkenalkan pembesar suara AudioVector R10 Arrete buat kali pertama di ASEAN, manakala Hisense memperlihatkan projektor Hisense L9Q Triple Laser ultra-short throw di Level 15, Room 1520. Dari Itali pula, IXOOST Artistic Audio membawa rekaan mewah yang menggabungkan sistem bunyi berprestasi tinggi dengan komponen asli kereta supercar, menampilkan gabungan seni, kejuruteraan dan warisan automotif di Lower Ground Lobby.

Sektor tempatan juga menonjol melalui AA Audio (Level 16, Room 1607) dengan pelayan muzik dan kabel digital, JW Speaker Labs (Level 15, Rooms 1510 dan 1512), CCY Engineering (Level 15, Room 1506) serta Victoire Sense Enterprise (Level 15, Room 1508) yang masing-masing mempamerkan sistem pembesar suara dan penguat buatan Malaysia. Begins Acoustic (Level 15, Room 1504), yang dikendalikan dua usahawan wanita, menampilkan penyelesaian akustik bilik, manakala Stars Pickers Audio Library (Level 3, Boardroom 5 dan Level 15, Rooms 1516 dan 1518) menumpukan pada fon kepala, fon telinga dan sistem audio mudah alih.

Turut menjadi tumpuan ialah kehadiran Starlink, penyedia jalur lebar satelit global milik Elon Musk, yang memperkenalkan penyelesaian mudah alih untuk sambungan internet berkelajuan tinggi. Dengan penglibatan Starlink, WAVE AV Experience menonjol sebagai acara teknologi yang menyatukan dunia hiburan rumah dan keterhubungan digital masa depan.

Bagi penggemar muzik klasik dan koleksi asli, pameran ini turut menampilkan ruang jualan cakera padat dan piring hitam melalui jenama seperti Caruso Vinyl (Level 15, Room 1507), Music Mania dan MA Recordings (Lower Ground Foyer) serta Record Refuge (Level 16, Room 1605).

Selain itu, sesi WAVE TALKs menampilkan wakil industri dan jenama antarabangsa seperti Hans-Ole Vitus (Vitus Oto), Giles Brun (DALI APAC), Livio Cucuzza dan Roberto Gamba (Sonus Faber), serta Carsten Roth (Goldmund).

“Pernah terfikir bagaimana ruang tamu anda boleh terasa seperti pawagam peribadi? Di sini, anda boleh dengar dan lihat sendiri,” ujar Wilson Teoh, Ketua Pegawai Eksekutif Gryphon Productions. “Tiada jargon teknikal, tiada sempadan — hanya muzik hebat, visual menakjubkan, dan inspirasi untuk menjadikan rumah anda pengalaman luar biasa.”

WAVE AV Experience 2025 akan berlangsung dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari, 10 hingga 12 Oktober 2025. Kemasukan adalah percuma dengan pendaftaran, dan pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.wave-avshow.com.

Leave a comment