Kuala Lumpur, 30 September 2025 – Hidup tanpa identiti selama tiga bulan sudah cukup untuk mengubah segalanya buat pelakon berbakat besar, Jeon Yeo-been. Melalui drama terbaharunya, Ms. Incognito, beliau tampil dengan watak penuh misteri dan konflik dalaman yang mencabar keupayaannya sebagai pelakon versatil. Drama ini bakal disiarkan di Malaysia serentak dengan tayangan di Korea bermula 29 September 2025, eksklusif di Tonton.
Menampilkan barisan pelakon ternama seperti Jeon Yeo-been, Jin-young, Seo Hyun-woo, Jang Yoon-joo dan Joo Hyung-young, Ms. Incognito mengisahkan Bu Se-mi (lakonan Jeon Yeo-been), seorang wanita yang terikat dalam perkahwinan kontrak sambil menyembunyikan identitinya bagi melindungi rahsia dan harta majikannya. Kehidupannya yang tenang mula goyah apabila muncul Choi Dong-min (Jin-young), lelaki jujur yang tanpa disedari menjadi ancaman terbesar terhadap rahsia yang disimpannya.

Perhubungan mereka yang pada awalnya berlandaskan kepercayaan mula dirundung keraguan dan pengkhianatan. Dalam permainan penuh tipu daya, Bu Se-mi harus memilih antara melindungi penyamarannya atau mempertahankan cinta yang mula tumbuh di hatinya.
Ditulis oleh Hyun Gyu-ri dan diarahkan oleh Park Yoo-young, Ms. Incognito menawarkan naratif asli yang sarat dengan misteri, emosi dan kejutan yang tidak dijangka. Setiap episod menampilkan watak-watak kompleks dengan konflik peribadi yang mendalam, menjadikan drama ini satu pengalaman baharu yang segar dan mendebarkan buat peminat drama Korea.

Lebih daripada sekadar kisah cinta dan rahsia, Ms. Incognito membawa penonton menyelami sisi gelap kehidupan manusia – tentang pengkhianatan, kehilangan dan perjuangan untuk bertahan dalam dunia yang dikuasai kepura-puraan. Setiap rahsia yang terbongkar membuka ruang kepada persoalan baharu: siapakah sebenarnya yang mampu bertahan tanpa kehilangan dirinya?
Saksikan tayangan perdana Ms. Incognito bermula 29 September ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 9.00 malam, serentak dengan tayangan di Korea melalui Tonton. Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan kegemaran anda, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.
