Pott Glasses Rai 10 Tahun Gaya dan Keyakinan: “Take A Leap of Frame”

Kuala Lumpur, 2 Oktober 2025 – Jenama kaca mata tempatan yang berjiwa muda dan penuh gaya, Pott Glasses, meraikan ulang tahun ke-10 dengan penganjuran acara istimewa bertemakan “Take A Leap of Frame”. Sambutan ini bukan sekadar memperingati perjalanan satu dekad jenama tersebut, tetapi juga meraikan keberanian, kreativiti dan semangat inovasi yang menjadi teras kejayaan mereka.

Diasaskan dengan semangat keusahawanan dan pendapatan awal hanya RM1,800 sebulan, Pott Glasses kini berkembang sebagai butik kaca mata tersuai terkemuka di Malaysia. Menurut pengasas bersama, Tai Hau Aw, “Pott Glasses bukan sekadar kaca mata, tetapi simbol gaya, keyakinan dan keperibadian – direka untuk gaya hidup moden yang menitikberatkan keselesaan dan ekspresi diri.”

Sepanjang dekad lalu, Pott Glasses telah menjalin pelbagai kerjasama dengan jenama tempatan seperti NOIZ by A-Jane, Pestle & Mortar serta Motherchuckers. Terbaharu, jenama ini bekerjasama dengan BEHATI sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025, memperkenalkan tiga bingkai eksklusif yang menampilkan tema “School of Culture” – mengangkat nostalgia baju sekolah dalam sentuhan avant-garde BEHATI. Koleksi ini turut dilancarkan pada sambutan Hari Kemerdekaan, sebagai lambang kebanggaan dan identiti nasional.

Sebagai kemuncak sambutan ulang tahun, acara “Take A Leap of Frame” diadakan di The Five @ KPD, Kuala Lumpur dari 26 September hingga 5 Oktober 2025. Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif seperti kuiz “Find Your Pott Type”, zon pameran “10 Years of Pott”, serta galeri “Collection X” yang memperkenalkan koleksi terbaru Pott Sunnies.

Pott Sunnies: Collection X merupakan barisan kaca mata hitam baharu yang direka untuk menonjolkan gaya dan keperibadian pemakai. Koleksi ini dilengkapi dengan hiasan boleh tukar (charms) yang memberi peluang kepada pemakai untuk memperibadikan gaya mereka dengan cara yang unik dan kreatif.

Menurut pengasas bersama, Eden Hoong, “Misi kami ialah menyediakan kaca mata yang bukan sekadar berfungsi, tetapi mencerminkan gaya dan personaliti setiap individu. Setiap rekaan dihasilkan dengan perhatian terhadap perincian dan cita rasa pemakai.”

Melangkah ke dekad baharu, Pott Glasses terus berpegang pada prinsip utama – meraikan kreativiti, memperkukuh keyakinan, dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berani melangkah, satu bingkai pada satu masa.

Leave a comment