Susulan sambutan hebat Konsert WINGS 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi, Rumah Produksi Merah kembali mempersembahkan Konsert Wings Orang Kita sebagai dedikasi khas buat penyokong setia yang terus berdiri teguh bersama Wings. Konsert ini membawa semangat kebersamaan “Orang Kita” yang meraikan legasi dan perjalanan luar biasa band legenda ini.

Konsert Wings Orang Kita akan berlangsung pada 30 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di ZEPP Kuala Lumpur jam 8 malam. Tiket boleh didapati melalui platform RPM UberTickets. Tempat duduk premium telah habis terjual manakala kategori lain sedang laris.
Pembelian tiket di https://rpm.ubertickets.asia/?language=en

