Heritage Valley KL Lancar Ramadhan Feast Buffet Bermula RM44 Bersama Lomak Salai Tampin

Heritage Valley Kuala Lumpur memperkenalkan Ramadhan Feast Buffet buat julung kalinya dengan konsep suasana kampung di tengah kota menerusi kolaborasi eksklusif bersama Lomak Salai Tampin, jenama masakan tradisional Negeri Sembilan.

Dengan harga bermula RM44 untuk kanak-kanak dan RM88 untuk dewasa, buffet ini menampilkan hidangan autentik seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak, selain pelbagai pilihan juadah tempatan dan antarabangsa termasuk ayam kampung, sate, aneka kuih tradisional, pasta, soto Betawi, bakso serta hidangan Barat.

Berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, jam 6.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari, pengalaman berbuka turut dimeriahkan dengan dekorasi kampung, persembahan busking dan Ramadhan Night Market setiap hujung minggu. Dengan kapasiti sehingga 300 tetamu, parkir percuma dan ruang solat yang selesa, Heritage Valley dijangka menjadi antara destinasi pilihan berbuka puasa di Kuala Lumpur tahun ini.

Tempahan kini dibuka secara dalam talian atau hubungi 018-7617688 untuk pertanyaan lanjut.

Lokasi: 6, Jalan Medan Tuanku Utama, Off, Jalan Doraisamy, 50250 Kuala Lumpur.

Leave a comment