Kuala Lumpur, 9 September 2024 – Band pop terkenal, Maroon 5, akan memulakan konsert jelajah Asia mereka pada Januari hingga Februari 2025 sebagai sebahagian daripada “Maroon 5 Asia 2025”. Konsert tersebut bakal berlangsung di beberapa bandar utama di Asia termasuk Manila, Jakarta, Bangkok, Tokyo, Kuala Lumpur, dan Kaohsiung.

Bagi peminat Malaysia, Maroon 5 akan mengadakan persembahan pada 12 Februari 2025 di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur. Tiket pra-jualan untuk ahli kelab peminat rasmi Maroon 5 S.I.N. akan dibuka pada 30 September 2024, dari jam 11 pagi hingga 11:59 malam. Untuk maklumat lanjut, peminat boleh melayari laman web rasmi di https://www.maroon5sin.com/subscribe.
Ahli Live Nation juga boleh mendapatkan akses awal kepada tiket pra-jualan bermula 3 Oktober 2024 dari jam 1 petang hingga 11:59 malam. Pendaftaran keahlian Live Nation adalah percuma dan boleh dilakukan di livenation.my/register.



Tiket awam akan mula dijual pada 4 Oktober 2024, bermula jam 11 pagi, melalui golive-asia.com. Pemegang kad Mastercard pula mendapat akses eksklusif kepada tiket pra-jualan pada 1 hingga 3 Oktober 2024. Untuk maklumat lanjut, layari priceless.com/music.
Berikut adalah jadual penuh konsert jelajah Asia Maroon 5:
- 29 Januari: SM Mall of Asia Arena, Manila
- 1 Februari: Jakarta International Stadium, Jakarta
- 3 Februari: Impact Arena, Bangkok
- 6, 8 & 9 Februari: Tokyo Dome, Tokyo
- 12 Februari: Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur
- 14 Februari: Kaohsiung National Stadium, Kaohsiung
Maroon 5, pemenang anugerah Grammy, merupakan salah satu kumpulan muzik pop paling berpengaruh abad ke-21. Sehingga kini, mereka telah menjual lebih 98 juta album dan 750 juta single di seluruh dunia, dengan lebih 26 bilion penstriman di Spotify dan berjaya mencatatkan 32 lagu di carta Billboard Hot 100.
Maklumat lanjut mengenai konsert dan penjualan tiket boleh didapati di maroon5.com dan livenation.asia.
