PUTRAJAYA – Apabila rumah fesyen mewah Jerman bertemu dengan permata seni suara negara, hasilnya adalah sebuah majlis yang penuh dengan signifikansi warisan dan kelas tersendiri. Baru-baru ini, AIGNER telah menganjurkan sebuah acara penghargaan pelanggan yang eksklusif di butik mereka yang terletak di IOI City Mall, di mana acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran penyanyi lagenda kesayangan Malaysia, Dato’ Khadijah Ibrahim.

Sepanjang penubuhannya, AIGNER sentiasa meletakkan tanda aras yang tinggi dalam menghargai individu yang mendedikasikan hidup mereka demi seni dan ketukangan yang teliti. Penghormatan ini diterjemahkan dengan sempurna menerusi kehadiran Dato’ Khadijah Ibrahim. Dengan legasi seni yang menjangkau lebih empat dekad, beliau bukan sahaja figura yang disegani kerana vokal emasnya, malah melambangkan keanggunan abadi, komitmen, serta keaslian yang sentiasa memukau merentas generasi. Konsistensi beliau dalam memperjuangkan kualiti seni dilihat sangat sejajar dengan falsafah AIGNER yang mementingkan warisan dan ketukangan bermutu tinggi.




Selain berpeluang beramah mesra secara lebih dekat dengan penyanyi tersohor tersebut, para tetamu yang hadir turut berkesempatan meneroka koleksi terbaharu daripada AIGNER. Koleksi kali ini menyaksikan gabungan mantap antara identiti seni kulit ikonik mereka dengan sentuhan rekaan kontemporari yang segar.
Melalui acara intim ini, AIGNER bukan sekadar mempamerkan helaian dan aksesori premium mereka, tetapi turut meraikan nilai kematangan seni dan daya tarikan yang tidak lapuk dek zaman, sama seperti aura yang dimiliki oleh Dato’ Khadijah Ibrahim.



TENTANG AIGNER
AIGNER ialah jenama fesyen mewah premium dari Jerman yang ditubuhkan di Munich pada tahun 1965 dan terkenal dengan rekaan berasaskan barangan kulit berkualiti tinggi, pertukangan yang halus, serta logo A ikonik berbentuk ladam kuda. Jenama ini menggabungkan kepakaran pembuatan kulit tradisi Itali dengan estetika reka bentuk Jerman yang kemas melalui rangkaian produk utama seperti beg tangan (seperti koleksi Cybill), jam tangan, minyak wangi, dan pakaian sedia pakai. Berada dalam segmen kemewahan mampu milik, produk AIGNER kini boleh didapati di Malaysia menerusi butik fizikal di pusat beli-belah terkemuka seperti SEIBU The Exchange TRX serta butik konsep utamanya di IOI City Mall Putrajaya, di samping kaunter wangian di SOGO dan pengedar jam tangan rasmi.
