
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 – Menjelang konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur yang kian dinantikan, sambutan peminat terhadap jualan tiket amat menggalakkan sejak ia diumumkan.
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pihak penganjur, Zues Event, menambah kategori tiket baharu, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan persembahan bertenaga Jason Mraz secara langsung selepas tujuh tahun beliau tidak beraksi di Malaysia.
Penyanyi dan penulis lagu pemenang Anugerah Grammy ini telah menginspirasikan serta menyatukan peminat di seluruh dunia sejak beberapa dekad lalu menerusi lagu-lagu popular seperti “I’m Yours”, “I Won’t Give Up”, “Lucky” bersama Colbie Caillat, dan “Have It All”.
Dipersembahkan oleh Prudential Malaysia dan dianjurkan oleh Zues Event, konsert ini bakal berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Kategori tiket bagi konsert yang menggunakan susunan tempat duduk sepenuhnya adalah seperti berikut:
Jazzy: RM688
Acoustic: RM588
Soulful: RM488
Originals: RM388
Nostalgic: RM288
Mellow: RM498 (KATEGORI BAHARU)
Rhythm: RM428 (KATEGORI BAHARU)
Alive: RM358 (KATEGORI BAHARU)
Zenith: RM258 (KATEGORI BAHARU)
Signature: RM158 (Pandangan Terhad)
Semua harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan tiket anda di etix.my, MAISEAT dan Trip.com untuk menikmati persembahan bertaraf dunia yang penuh tenaga positif, menyanyi bersama lagu-lagu ikonik Jason Mraz, serta pertunjukan dron dan percikan bunga api yang memukau.
Ikuti @zuesevent di Facebook dan Instagram untuk maklumat serta kemas kini terkini.
